BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
Lailatul Qadar malam 20 Ramadhan / Isnin 1 Oktober 2007?
Saturday, October 6, 2007



Gambar bulan yang dirakamkan pada hari isnin malam selasa, 1 oktober 2007 bersamaan 19 malam 20 Ramadhan di Desa Makmur, Sg. Merab, Bangi pada jam 3 pagi. Adakah Lailatul Qadar berlaku malam tersebut? Ranting pokok ceri di halaman rumah berada di paras pinggang sedangkan keesokkan paginya ia berada melangkaui paras kepala. Esok paginya sememangnya matahari agak lemah pancarannya. Bulan ketika dirakam hanya separa bulat kerana bukan berada pada pertengahan bulan yang menjadi purnama penuh. Namun, apabila ditatapi di skrin ia kelihatan bulat bagaikan purnama sepenuhnya. Adakah mungkin berlaku sedangkan malam tersebut adalah malam genap? namun perlu diingat disetengah negeri yang berpuasa lebih awal sehari malam tersebut adalah malam ganjil bagi mereka. lagi imej yang dirakamkan antara pukul 3-5 pagi tersebut.






posted by admin @ 4:36 PM   1 comments
Bertudung Tapi Tidak Menutup Aurat
Tuesday, October 2, 2007
Banyak orang teruji dengan berpakaian secara islam. Lebih malang lagi apabila para guru agama atau asatizah juga gagal mempamerkan wajah pakaian Islam menerusi isteri-isteri mereka. Bertudung barangkali menjadi pakaian ramai wanita islam kini..tapi adakah sifat tudung itu benar-benar menutup aurat? Allah berfirman:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: 'dan hendaklah wanita-wanita melabuhkan tudung mereka ke atas "jayb" mereka."
Imam Qurtubi menukilkan pandangan Muqatil dan al-naqqasy dalam mentafsirkan ayat ini. Muqatil mentafsirkan perkataan "jayb" dengan maksud dada. Berkata al-Naqqasy: keadaan melabuhkan tudung ialah menjatuhkannya hingga menutup dada.

Ini bererti tudung mestilah labuh hingga menutupi dada.

Justeru perlakuan wanita hari ini yang membelit ekor tudung mereka ke tengkuk sahaja dan membiarkan dada terdedah tanpa ditutup oleh tudung adakah menepati perintah menutup aurat dalam ayat?
posted by admin @ 5:00 PM   1 comments
Hukum Zakat Orang Yang Berhutang
Monday, October 1, 2007
Adakah Zakat diwajibkan ke atas orang yang masih mempunyai hutang?

Seseorang yang mempunyai sejumlah harta yang mencukupi nisab zakat dan cukup pula tempoh setahun, wajib membayar zakat menurut pendapat yang paling kuat di kalangan ulama. Hukum ini termasuk orang yang mempunyai hutang yang belum dilunaskan.

Ini berdasarkan dalil umum daripada al-Qur’an:
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ واللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: “Ambillah daripada harta mereka sedekah (zakat) yang mensucikan mereka dan menyuburkan (harta) mereka dengannya. Dan berdoalah ke atas mereka. Sesungguhnya doa kamu itu satu ketenangan bagi mereka. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (al-Taubah: 103).
Bukhari juga meriwayatkan daripada Ibn `Abbas bahawa nabi saw mengutuskan Mu`az ke Yaman dan mengarahkannya dengan sabda baginda:
أعلمهم أن الله افترض عليهم صدقة في أموالهم
Maksudnya: “Bagitau mereka bahawasanya Allah mewajibkan ke atas mereka zakat pada harta mereka.”

Begitu juga Nabi saw mengarahkan para amil mengutip zakat daripada orang yang diwajibkan tanpa mengarahkan mereka bertanya adakah mereka mempunyai hutang atau tidak.

Apa yang perlu difahami ialah zakat harta satu kewajipan, manakala membayar hutang satu kewajipan lain pula. Zakat harta wajib pada harta yang masih berada di tangan. Justeru selagi belum digunakan untuk dilunaskan hutang maka ia tetap diwajibkan zakat apabila cukup masa dan nisab.

Mudah-mudahan zakat yang dibayar itu menjadi sebab kepada barakah harta yang membolehkannya melunaskan hutang. Dan barangkali juga kegagalannya membayar hutang disebabkan keengganannya membayar zakat pada harta yang di tangan. Justeru bayarlah zakat dan mohonlah kepada Allah agar diberi bantuan untuk melunaskan hutang.

Namun sekiranya hutang dibayar daripada harta yang ada sebelum harta tersebut cukup tempoh setahun (cukup haul) maka kewajipan zakat hanya pada baki harta yang tinggal. Harta yang telah diberikan sebagai bayaran hutang tidak dikenakan zakat.

Sekiranya hutang tersebut dituntut ketika itu juga oleh pemiliknya, maka bayarlah hutang tersebut dan bayarlah zakat daripad baki harta.
posted by admin @ 4:35 PM   0 comments
Barakah Harta Pada zakat
Tengahari tadi saya sampaikan tazkirah di Takaful Ikhlas bertajuk zakat membina ekonomi ummah. Saya sebutkan apa yang kita perlukan ialah barakah ekonomi untuk ummah. Barakah bererti kebaikan sedikit tapi manfaatnya banyak. Kebaikan harta yang berlegar di tangan umat islam hari ini sekiranya mendapat barakah pasti mencukupi untuk seluruh umat. Dengan itu masalah kemiskinan dapat ditangani. Kemiskinan tak mungkin dapat dihapuskan tapi sekurang-kurangnya ialah orang miskin dan memerlukan sentiasa mendapat pembelaan daripada golongan yang berada.
Kekayaan yang barakah yang ada di tangan orang kaya pasti melimpah dan cukup untuk membela golongan miskin. Barakah itu akan dapat diperolehi antaranya menerusi zakat. Allah berfirman: "Ambillah daripada harta mereka satu sedakah (zakat) yang menyucikan mereka dan menyuburkan mereka dengannya."
posted by admin @ 3:55 PM   0 comments
Pilihan raya pelajar & pandangan Naib Cancelor
Sabtu malam ahad 29 september saya dijemput berceramah di kolej Aminurrasyid , UPSI, Tanjung Malim. Tajuk : mencari nur lailatul qadar...menariknya majlis dihadiri juga oleh Naib Cancelor UPSI..tahniah pada Naib canselor yang nampaknya meminati program ilmu sehingga bersedia turun walaupun di malam hari.
Selepas selesai ceramah, para pelajar pula sibuk berkempen pilihanraya. Samalah juga di UKM tempat saya mengajar. Sebab semua universiti akan berpilihanraya serentak 2 oktober nanti.
sempat juga saya mendengar 2, 3 orang calon berkempen menjelaskan manifesto mereka....menarik juga..hangat..
Saya difahamkan sudah 2 tahun sebelum ini tidak ada pilihanraya pelajar di UPSI. Kata naib cancelor pada saya ketika makan ringan (beliau baru menjawat jawatan setahun 9 bulan sebagai Naib cancelor) ...kita tak boleh sekat pelajar berpilihanraya....berkempen....meluahkan pandangan kerana pemimpin negara yang hebat hari ini adalah hasil kebebasan bersuara yang mereka kecapi ketika di menara gading satu masa dahulu.
Bagus juga cara fikir Naib cancelor ini yang merupakan seorang wanita sama seperti UM dan UKM....macamana pula dengan naib cancelor universiti lain?
Saudara/i boleh bersetuju dengan pandangan beliau? tepuk dada tanya iman....
posted by admin @ 3:00 AM   0 comments
Bala pakaian wanita Islam akhir zaman
Saya sangat bimbang dengan gaya berpakaian wanita Islam dewasa ini. Rata-rata mereka memakai seluar yang gagal menutup susuk badan mereka.
Salah ke pakai seluar? Tak salah sekiranya menutup aurat. Salahnya apabila ia tidak cukup untuk menutup aurat. MUngkin ada wanita berkata: saya dah tutup aurat..pakai seluar dah tutup warna kulit. Cukuplah tu...Betul ke?
Menutup aurat bagi wanita bukan sekadar tidak menampakkan warna kulit. Tapi juga tidak memperlihatkan bentuk badan. Seluar yang dipakai oleh ramai wanita Islam hari ini jelas memaparkan susuk pinggang dan punggung mereka. Bagi mereka itu sudah cukup untuk menutup aurat. Ini kefahaman yang salah...
Kalau nak pakai seluar jgak? Bole...tapi labuhkan pakaian saudari hingga ke bawah punggung...luaskan pakaian anda sehingga tidak menampakkan susuk pinggang saudari..
Jumaat lepas saya tegur seorang pelajar saya kerana pakai tudung yang jarang menampakkan tengkuk. Ini satu lagi bala umat akhir zaman. Pelajar ni mengambil jurusan pengajian Islam. Kalau bakal ustazah pun gagal menghayati pakaian Islam bagaimana pula dengan pelajar-pelajar lain?
kerja dakwah sebenarnya masih banyak perlu dilakukan. Marilah kita menjadi para pendakwah Islam...
posted by admin @ 2:41 AM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri