BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
Manakah Lebih Utama; Mendahulukan Qada’ Puasa Ramadhan atau Puasa Sunat Syawwal?
Thursday, October 18, 2007
Isu ini perlu dibina atas perbahasan hukum berkenaan qada’ puasa Ramadhan terlebih dahulu.Ulama sepakat bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan wajib menqada’nya samada meninggalkan puasa itu dengan sebab uzur syar`I seperti sakit, bermusafir dan kedatangan haid atau tanpa sebarang keuzuran iaitu meninggalkannya dengan sengaja.
Dalilnya ialah firman Allah:

Maksudnya: “Sesiapa di kalangan kamu sakit atau bermusafir maka gantilah pada hari-hari yang lain.” (al-Baqarah: 184 dan 185)
Bentuk pengambilan dalilnya ialah ayat di atas menjelaskan kewajipan qada’ puasa bagi orang yang meninggalkan puasa kerana uzur. Diqiyaskan juga hokum ini kepada orang yan meninggalkan puasa tanpa uzur secara qiyas aula iaitu sekiranya yang meninggalkan puasa kerana uzur wajib qada’ tentulah yang meninggalkannya tanpa sebarang uzur syar`I lebih utama wajib menqada’nya.

Namun, adakah kewajipan itu atas dasar segera atau atas dasar bertangguh masa? Jawapannya ialah secara bertangguh masa. Dalilnya ialah
1. Ayat di atas juga. Bentuk pengambilan dalilnya ialah: Kewajipan qada’ puasa dalam ayat diatas “maka gantilah pada hari-hari lain” disebut secara umum tanpa mengikatnya dengan masa tertentu. Justeru kewajipan qada’ adalah secara bertangguh masa.
2. Hadis Aisyah:
كان يكون عليَّ الصوم من رمضان فما أستطيع أن أقضي إلا في شعبان.
Maksudnya: “Saya mempunyai kewajipan puasa yang mesti diqada. Saya tidak dapat menqada’nya melainkan ada bulan Sya`ban.” (Hadis sepakat Bukhari dan Muslim)
Begitu juga beberapa hadis sahih lain tentang perlakuan sama oleh isteri-isteri Nabi yang lain.
Kata Ibn Hajar: Hadis ini mengandungi petunjuk harus menangguhkan qada puasa Ramadhan secara mutlaq samada meninggalkan pua kerana uzur atau tidak.” (Ibn Hajar, Fath al-Bari, juz 4, hlm 191)
Bentuk pengambilan dalilnya ialah: Aisyah dan isteri-isteri Nabi menangguhkan qada’ puasa wajib sehingga 10 bulan selepasnya kerana menyiapkan dirinya untuk melayani Nabi saw. Perlakuannya tentulah dengan perakuan daripada Nabi saw. Ia menunjukkan pada keharusan menangguhkan puasa qada.

Namun, menyegerakan qada’ adalah diutamakan berdasarkan dalil firman Allah:

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu ke arah keampunan daripada Tuhan dan syurga yang luasnya adalah langit dan bumi yang telah disedikan untuk orang yang bertaqwa.” (Ali `Imran: 133)
Bentuk pengambilan dalilnya ialah Allah mengarahkan akan bersegra mendapatkan kampunanNya. Keampunan itu terhasil dengan menyegerakan membayar hutang kepada Allah iaitu berpuasa qada’ secepat mungkin.
Apabila telah jelas bahawa puaa qada’ adalah wajib dilakukan tetapi secara bertangguh masa danorng yang meninggalkan puasa tanpa uzur lebih utama menyegerakan qada’, tinggal lagi perbahasan; Adakah puasa qada’ perlu diutamakan di bulan Syawwal berbanding puasa sunat syawwal itu sendiri?
Saya berpandangan puasa sunat syawwal mesti diutamakan. Dalilnya adalah seperti berikut:
1. Hadis Aisyah dan isteri-isteri Nabi di atas. Bentuk pengambilan dalilnya ialah Aisyah dan para isteri Nabi menangguhkan qada’ puasa wajib kerana mempersiapkan diri mereka melakukan satu ibadah iaitu melyani keinginan Nabi saw. Keinginan Nabi untuk bersama adalah satu kebarangkalian. Ia menjadi wajib apabila diminta. Jika tidak hukumnya adalah sunat mempersiapkan diri untuk melayani keinginan suami. Aisyah dan isteri Nabi telah menangguhkan puasa qada’ yang wajib untuk melakukan suatu amalan sunat yang lapang masanya. Ia menunjukkan bahawa menangguhkan puasa qada’ yang wajib kerana amalan sunat adalah diharuskan, bahkan diutamakan kerana perlakuan Aisyah dan isteri-isteri Nabi itu tentulah dengan perakuan daripada Nabi saw. Para isteri Nabi sentiasa loba untuk melakukan amalan yang terbaik dalam kehidupan mereka.
2. Kedua-dua ibadah puasa qada’ dan puasa snat Syawwal adalah dituntut dan sasarkan secara tersendiri. Ertinya kedua-duanya sememangnya menjadi matlamat secara tersendiri. Dalam masa yang sama ibdah qada’ mempunyai ruang masa yang panjang dan luas kerana kewajipannya adalah secara bertangguh masa. Sementara iadah puasa sunat Syawal bersifat masa yang sempit iaitu bulan Syawwal sahaja. Justeru, sesuatu yang bersifat sempit masanya perlu diutamakan berbanding yang lebih luas masanya.
3. Hadis-hadis yang menggalakkan berpuasa Syawwal sangat banyak, sementara tiada hadis yang mngarahkan sahabat mengutamaka berpuasa qada’ pada bulan Syawwal. Ia sekurang-kurangnya menjadi nilai pemberat untuk menyatakan bahawa puasa sunat Syawwal adalah diutamakan.
4. Nabi dan para sahabat sentiasa bermusafir. Ada kalangan mereka mengambil kelonggaran berbuka puasa seperti sabit dalam banyak hadis-hadis yang sahih. Namun, tiada riwayat bahawa mereka berpuasa qada’ terlebih dahulu berbandinh pusa sunat Syawwal. Keadaan ini bleh menjadi pemberat untuk menyatakan bahawa berpuasa Syawwal perlu diutamakan.
5. Meskipun Aisyah menangguhkan puasa Qada’, tiada nas menunjukkan Aisyah juga menangguhkan puasa sunat Syawwal. Kebarangkalian besarnya ialah tentu para ummahat mu’minin ini tidak ketinggalan melakukan ibadah puasa sunat syawwal kerana hadis-hadis tentang kelebihannya sangat banyak.

Wallahu a`lam.
posted by admin @ 6:15 PM   1 comments
Siapakah Jemputan Rumah Terbuka Raya?
Wednesday, October 17, 2007
Pagi ini menurut perancangan saya akan berbicara dalam rancangan Bicara Islam Selamat Pagi Malaysia RTM 1. Tajuk : Rumah terbuka Satu Pembaziran Atau...? namun, Allah menentukan apa yang berlaku. saya tak sempat mendapatkan flight dari penang untuk ke Kl. Justeru saya serahkan kepada sahabat saya ustaz Uda kasim sebagai pengganti.
memang menjadi kebiasan masyarakat islam sekrang terutamanya di kota mengadakan rumah terbuka sempena hari raya. Ia terjadi kerana kesempatan hari raya tidak mengizinkan kita untuk bertemu sahabat handai di kota kerana selalunya pulang ke kampung berhari raya. Justeru rumah terbuka menjadi satu alternatif untuk menghimpunkan para sahabat yang jarang bertemu disebabkan kesibukan masing-masing. dari sudut ini saya melihat rumah terbuka sememangnya ada kebaikannya. saya sendiri tidak terlepas mengadakannya setiap tahun.
Namun yang perlu diperhatikan ialah adakah jiran tetangga juga menjadi sebahagian jemputan? mereka juga tidak selalu kita temui. Justeru janganlah diabaikan jiran yang dekat dan diutamakan orang yang jauh. Allah berfirman dalam surah al-Nisa: ayat 37 bermaksud:
"Dan jadilah kamu hamba kepada Allah dan jangan mensyirikkan denganNya sesuatu dan dengan dua ibu bapa hendaklah berbuat baik, dan dengan kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran yang dekat, jiran yang jauh, sahabat karib, ibn sabil dan hamba sahaya kamu. sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong lagi bangga diri."
Inilah senarai golongan yang wajar dijemput di hari rumah terbuka kita...
posted by admin @ 1:35 PM   0 comments
Rindu Untuk Bertemu Dr Asri Terubat
Sudah lama juga saya tak berkesempatan bertemu Dr Asri. Seingat saya sejak beliau menjadi Mufti Perlis baru sekali saya berkesempatan bertemu beliau dalam majlis di markaz al-Qayyim di Bukit Mertajam. Saya rasa mungkin dalam 7 atau 8 bulan yang lalu. Walaupun begitu kami kerap berhubung dengan sms. Semalam alhamdulillah saya berkesempatan mengunjungi beliau di kediaman beliau di Taman Guru, kangar, Perlis. Rasanya kerinduan untuk bertemu beliau sebagai sahabat terubat. banyak juga isu yang kami bincangkan, kebanyakan berlegar pada tugas beliau sebagai mufti dan agenda tajdid yang beliau bawa.
Dalam beberapa isu yang beliau bawa saya tidak bersetuju dengan pandangan beliau, namun ia tidak menjejaskan hubungan persahabatan antara kami. Isu intipan khalwat antara isu yang besar yang saya mengkritik beliau sehingga saya terbitkan buku khusus untuk itu bertajuk Hukum Intipan Khalwat menurut al Qur'an dan al-Sunnah, Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis". Dan sekarang pun saya sedang menyiarkan artikel mengkritik pandangan beliau dalam Mingguan Malaysia bertajuk "Puasa Tidak Boleh Berpisah dengan Dalil Sunnah". Itulah kompleksnya hubungan kami. Berbeza pandangan adalah satu lumrah di kalangan ilmuwan. namun ia tidak menjejaskan persahabatan. Kita mengkritik pandnagan dan peribadi. Justeru itu, saya sangat tidak bersetuju dengan mereka yang berbeza pendapat tetapi saling membuka keaiban peribadi. ini adalah golongan yang tidka beretika dalam berbeza pendapat.
Ramai juga anak-anak murid yang bertanya dalam kuliah: ustaz selalu mengkritik Dr Asri tapi dalam masa yang sama mengaku sebagai sahabat baik beliau. Saya katakan: Inilah yang saya ingin tonjolkan kepada masyarakat terutama anak-anak murid saya. berbeza pandnagan bukan bererti bertelingkah hati dan perasaan!!!

Labels:

posted by admin @ 1:17 PM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri