Ramai pemimpin apabila dilantik ke jawatan tertentu dalam kerajaan menyatakan: "saya bersyukur kerana diberikan amanah untuk berkhidmat kepada rakyat". Adakah dirinya sepatutnya bersyukur? Bersyukur dilakukan apabila mendapat nikmat. Pemberian amanah bukannya nikmat tetapi satu ujian. Sepatutnya dirinya segera berdoa agar diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanah. Benarkan mereka ingin berkhidmat kepada rakyat sebagaimana diwar-warkan? atau berkhidmat untuk kepentingan dunia diri sendiri? Apabila mereka digugurkan daripada jawatan mereka merajuk dan memberi pelbagai ulasan yang menggambarkan ketidakpuasan hatinya. Tidakkah ini petanda bahawa jawatan tersebut dingini untuk memenuhi nafsunya. "berkhidmat kepada rakyat" hanyalah topeng untuk menutup nafsu serakah yang sedang bersarang di dada. Malangnya sangat ramai di kalangan rakyat yang terpedaya dengan moto manis pemimpin sebegini lalu bersungguh-sungguh menjadi penyokong dan mempertahankannya mati-matian. Baginda menjelaskan antara 15 petanda yang mengundang bala kepada ummat di akhir zaman ialah :"apabila kekayaan dan habuan berlegar di kalangan kelompok tertentu sahaja, apabila amanah menjadi tempat mendapat habuan.....". hadis lemah riwayat Tirmizi إِذَا فَعَلَتْ أُمَّتِي خَمْسَ عَشْرَةَ خَصْلَةً حَلَّ بِهَا الْبَلَاءُ فَقِيلَ وَمَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا كَانَ الْمَغْنَمُ دُوَلًا وَالْأَمَانَةُ مَغْنَمًا وَالزَّكَاةُ مَغْرَمًا وَأَطَاعَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ وَعَقَّ أُمَّهُ وَبَرَّ صَدِيقَهُ وَجَفَا أَبَاهُ وَارْتَفَعَتْ الْأَصْوَاتُ فِي الْمَسَاجِدِ وَكَانَ زَعِيمُ الْقَوْمِ أَرْذَلَهُمْ وَأُكْرِمَ الرَّجُلُ مَخَافَةَ شَرِّهِ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ وَلُبِسَ الْحَرِيرُ وَاتُّخِذَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَلَعَنَ آخِرُ هَذِهِ الْأُمَّةِ أَوَّلَهَا فَلْيَرْتَقِبُوا عِنْدَ ذَلِكَ رِيحًا حَمْرَاءَ أَوْ خَسْفًا وَمَسْخًا |