BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
RUNDINGAN PAS & UMNO DARIPADA PERSPEKTIF DAKWAH
Wednesday, July 23, 2008
Isu rundingan Pas dan Umno menjadi perbahasan hangat di kalangan masyarakat di semua peringkat lapisan. Lebih-lebih lagi di kalangan akar umbi dalam PAS. Ada yang menyokong. Ada yang membangkang. Bagi yang menyokong, mereka melihat kepada peluang-peluang perpaduan umat Islam Melayu di negara ini. Bagi yang menentang, mereka meletakkan kebimbangan PAS akan masuk Barisan Nasional dan berlaku pengkhianatan kali kedua terhadap Pas kemudiannya seperti berlaku pada tahun 1978.

Bagi saya isu rundingan ini perlu dilihat dalam konteks kepentingan dakwah Islam sebelum dibicarakan tentang kepentingan kuasa politik. Kita perlu melihat kepada beberapa senario yang berlaku sebelum ini antaranya:
Pertama: Ketegangan yang berlaku antara orang Islam Melayu dalam kedua-dua parti Pas dan Umno sejak 1951 hingga sekarang.

Ketegangan yang wujud antara orang Islam Melayu di peringkat akar umbi di kedua-dua parti adalah sesuatu yang memang diperakui dan tidak dapat dinafikan lagi. Sentimen kepartian yang menebal menjadikan mereka tidak dapat duduk bersama dalam banyak isu. Ia memberi kesan pada perhubungan kekeluargaan dan kejiranan. Ia lebih ketara di Terengganu seterusnya Kelantan. Sebagai pendakwah saya melihat keadaan ini dengan penuh kebimbangan. Saya tidak bercakap dari sudut siapa yang betul dan salah dalam masalah ini. Tetapi yang ingin saya fokuskan ialah kesannya. Prejudis kepartian menyebabkan ahli di kedua-dua parti tidak melihat dakwah atau kebenaran yang disampaikan oleh mana-mana parti dengan pandangan yang benar. Bilakah ketegangan ini dapat diredakan?

Dakwah oleh orang Pas tersekat kerana prejudis kepartian yang sangat menebal di kalangan orang Umno. Sebarang lontaran pandangan Islam sentiasa dilihat dengan prejudis kepartian sehingga timbul istilah hudud Pas sebagai contoh. Kebenaran yang dilontarkan oleh Umno juga dipandang sinis oleh orang Pas juga kerana prejudis kepartian yang sangat menebal. Benarlah kata Allah Taala dalam al-Mukminun ayat 52-53:

وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ فَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ زُبُرًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
Bermaksud: “Dan sesungguhnya umat ini umat yang satu sedang Akulah Tuhan kamu, justeru bertaqwalah kepadaKu, lalu mereka berpecah belah menjadi beberapa golongan/kelompok. Setiap golongan/parti/kelompok berbangga dengan apa yang ada pada mereka.”

Dalam konteks ketegangan ini, bagi saya ia kurang berlaku di kalangan bangsa lain seperti Cina dan India. Bangsa Cina di Malaysia sebagai contoh, mereka boleh bersatu dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan kaum dan agama mereka. Hingga lahir kata-kata bahawa yang menjadi penaung kepada parti politik Cina adalah gabungan pendidikan mereka. Ertinya mereka mempunyai penaung sebagai tempat rujukan dalam memperjuangkan kepentingan kaum mereka. Ini tidak berlaku kepada masyarakat Melayu. Tidak ada satu badan induk Melayu Islam yang boleh menjadi rujukan kedua-dua parti di kala berlaku pertembungan. NGO-NGO yang ada selalunya hanya bersifat melukut di tepi gantang. Samada takut dengan kuasa politik UMNO untuk menyatakan kebenaran lalu bernaung di bawahnya. Atau bersifat vokal menyatakan kebenaran hingga dicop oleh pihak berkuasa sebagai pro pembangkang. Kita gagal melahirkan satu gerakan penaung bagi umat Melayu Islam yang boleh menjadi rujukan bagi umat di kedua-dua parti yang nanti dilihat tidak mempunyai kepentingan kepartian. Kelahiran payung penaung bagi umat boleh menjadi pengimbang bagi dua kuasa politik Melayu Islam yang berbahagi kuasa di peringkat nasional atau negeri.

Bagi saya rundingan antara UMNO dan PAS perlu menjurus ke arah mengurangkan ketegangan ini.

Adakah rundingan bermaksud gabungan parti atau sekadar kerjasama dalam isu bersama melibatkan Islam?

Saya melihat bahawa rundingan dan muzakarah yang berlaku tidak bererti membawa kepada gabungan antara kedua-dua parti. Gabungan sepetrti ini membangkitkan pelbagai sentimen di peringkat akar umbi kedua-dua parti. Isu pengalaman lalu yang pahit oleh PAS yang ditendang keluar daripada perikatan mungkin akan dijadikan sandaran. Keikhlasan umno tentu akan diragui oleh ahli-ahli pas. Tinggalkan isu gabungan ini. Malah ia tidak perlu kerana terdapat hikmah lain di sebaliknya.

Hikmah Berada Di Luar Gelanggang Umno Dan Bn

Kehadiran PAS di luar Barisan Nasional dan di luar UMNO akan memberi kekuatan kepada PAS untuk sentiasa menjadi pembangkang kepada UMNO dalam perkara-perkara yang dilihat UMNO tidak selari dengan Islam. Kebaikannya ialah bangkangan oleh PAS di kala itu akan dilihat dengan wajah setiakawan bukannya atas dasar permusuhan dan dengan niat menjatuhkan. Tiada lagi prejudis terhadap teguran yang diberikan Di kala itu UMNO lebih ikhlas mendengar saranan dan teguran oleh PAS. Keadaan ini akan memberi kebaikan kepada umat Melayu Islam di negara ini.

Adakah Hanya Memerintah Menjadi Matlamat Pas?

Persoalan ini saya bangkitkan kerana melihat kecelaruan di kalangan ahli PAS terhadap matlamat kewujudan parti tersebut. Bahkan lebih parah kecelaruan itu juga wujud pada pemikiran kepimpinan tertinggi PAS Pusat sendiri. Barangkali kerana mereka mendapat tarbiyah daripada jamaah lain kemudian menyelusup masuk dalam perjuangan PAS. Atau yang memang terlibat dengan PAS tanpa melalui proses usrah dan tarbiyah di peringkat asas.

Dengan merujuk kepada perlembagaan parti PAS (Pindaan 2001) yang menyebut:
BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA`RUF WAN NAHYU `ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan PARTI ISLAM SEMALAYSIA'.

2. Fasal 5 . Perlembagaan PAS : Tujuan PAS ialah :

a) Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hokum – hukumnya menuju keredhaan Allah.
b) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون
"dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang berdakwah kearah kebaikan , menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan." Surah ali – imraan : 104
3. Fasal 6 . Perlembagaan PAS : Usaha–usaha:
1 . Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan amalan.
2 . Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan
Fahamlah kita dari sedutan perlembagaan di atas bahawa matlamat perjuangan PAS ialah sebagai parti dakwah dan juga politik. Ia tidak bermaksud PAS semestinya memerintah. Bagi saya PAS adalah parti dakwah sebelum ia patut menjadi parti politik. Politik alat untuk menyampaikan dakwah. Sekiranya ahli politik boleh menerima dakwah dan melaksanakan Islam, orang dakwah tidak perlu menjadi pemerintah. Bagi saya mereka yang menentang rundingan Pas dan Umno adalah mereka yang meletakkan Pas sebagai parti politik mendahului kedudukannya sebagai parti dakwah. Kalau benar itu yang dipegang oleh ahli-ahli Pas iaitu kedudukan Pas sebagai parti dakwah, apakah yang menghalang mereka menerima rundingan antara Pas dan Umno? Tidakkan rundingan itu memberi ruang untuk mereka menyampaikan dakwah kepada umat bahkan kepada ahli-ahli Umno sendiri? Atau sememangnya bukan itu lagi matlamat perjuangan Pas? Adakah kemungkinan Pas sememangnya hanya parti politik semata-mata? Kalau itulah keadaannya amat malang bagi Pas sendiri. Ia juga mengecewakan para pendakwah lain yang berada di luar lingkungan pasti PAS.
posted by admin @ 2:16 PM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri