BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
Jangan Menyebut Sahabat Nabi saw Mu`Awiyah r.a Dalam Konteks Gambaran Kurang Baik
Wednesday, June 24, 2009
Perlu Segera Bertaubat Kerana Menyebut Tentang Sahabat Nabi sallallahu `alaihi wasallam Mu`Awiyah Radiyallahu `Anhu Dalam Konteks Gambaran Kurang Baik

Dalam muktamar PAS baru-baru ini salah seorang pembahas yang merupakan seorang ahli parlimen PAS telah berbicara tentang peristiwa sejarah melibatkan sahabat Nabi sallallahu `alaihi wasallam iaitu Mu`awiyah bin Abi Sufyan Radiyallahu `anhu dan juga peristiwa menjulang Mushaf di hujung pedang dalam peperangan Siffin. Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula dalam satu temubual akhbar telah memuji hujah-hujah beliau dengan katanya: “seratus peratus hujah orang agama?

Ada dua perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam isu ini:
1. Bolehkah Mu`awiyah sebagai seorang sahabat disebut dalam konteks gambaran yang tidak baik?
2. adakah Peristiwa menjulang Mushaf benar-benar berlaku?.

Mu`awiyah Radiyallahu `anhu sebagai sahabat Nabi sallallahu `alaihi wasallam .

Ulama Islam sepakat bahawa Mu`awiyah radiyallahu `anhu merupakan salah seorang sahabat Nabi sallallahu `alaihi wasallam. Para sahabat nabi merupakan orang yang sempat bertemu Nabi sallallahu `alaihi wasallam dalam keadaan beriman dengan baginda sallallahu `alaihi wasallam dan mati dalam keadaan Islam.

Ulama sepakat bahawa para sahabat Nabi sallallahu `alaihi wasallam merupakan seorang yang adil iaitu tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan dosa besar. Para sahabat Nabi sallallahu `alaihi wasallam juga merupakan orang yang telah dijamin memasuki syurga oleh Allah. Justeru, menghina para sahabat boleh membawa kepada kekufuran.

Mu`awiyah Radiyallahu `anhu merupakan salah seorang sahabat Nabi sallallahu `alaihi wasallam dengan sepakat ulama. Justeru, beliau merupakan seorang yang adil dan juga dijamin sebagai ahli syurga. Sebagai seorang sahabat, beliau tidak boleh digambarkan dengan sebarang gambaran yang boleh menjejaskan sifat beliau sebagai sahabat Nabi sallallahu `alaihi wasallam yang `adil, baik, bertaqwa dan soleh serta ahli syurga Allah.

Nabi sallallahu `alaihi wasallam pernah berdoa untuk Mu`awiyah Radiyallahu `anhu agar terpelihara daripada azab neraka. Doa Nabi sallallahu `alaihi wasallam adalah mustajab dan diterima oleh Allah Taala. Sebab itu para Sahabat Radiyallahu `anhum sentiasa berusaha mendapatkan doa Nabi sallallahu `alaihi wasallam untuk mereka. Antara doa Nabi sallallahu `alaihi wasallam untuk Mu`awiyah:
اللهم علم معاوية الكتاب، والحساب، وقه العذاب
“Ya Allah ajarlah kepada Mu`awiyah kitab al-Qur’an dan pengiraan dan peliharalah dirinya daripada azab (neraka).” Riwayat Ibn `Asakir

Baginda sallallahu `alaihi wasallam juga berdoa agar Mu`awiyah Radiyallahu `anhu menjadi orang sentiasa mendapat hidayah dan memberi hidayah petunjuk pula kepada orang lain. Nabi sallallahu `alaihi wasallam berdoa:
" اللهم اجعله هاديا، مهديا، واهد به "
“Ya Allah jadikanlah beliau seorang memberi hidayah dan seorang yang diberi hidayah dan berilah hidayah (kepada orang lain) menerusinya.”

Hadis Hasan Gharib riwayat Imam Tirmizi dan juga riwayat Imam Ahmad.

Justeru itu seorang Sahabat Nabi sallallahu `alaihi wasallam Umair bin Sa`ad Radiyallahu `anhu berkata: “jangan kamu menyebut Mu`awiyah melainkan dengan yang baik kerana saya mendengar Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam bersabda: ”Ya Allah berilah hidayah (kepada orang lain) menerusinya). Hadis riwayat Tirmizi

Merujuk kepada fakta-fakta di atas sewajarnya seorang muslim tidak menyebut nama beliau melainkan dalam konteks yang baik.

Jurubicara tersebut dipetik berkata dalam ucapannya: “Apabila tentera Mu`awiyah diasak oleh Sayyidina `Ali, Amar al-`Aas (`Amru bin al`Aas-penulis) berbincang dengan Mu`awiyah, dia kata mari kita cadang perpaduan, bila kita cadang Majlis Tahkim sebahagian tentera Ali akan bersetuju, sebahagian akan menolak dan mereka akan berpecah. sayyidina ali memujuk tenteranya jangan bersetuju (dengan tahklim) kerana Sayyidina Ali kenal siapa Mu`awiyah”.

Petikan ucapan beliau mengandungi unsur prejudis terhadap 2 orang sahabat Nabi saw iaitu Mu`awiyah dan `Amru bin al`Aas. `Amru digambarkan sebagai kurang baik kerana mencadangkan kaedah memecah-belahkan tentera Ali. Mu`awiyah juga digambarkan seorang yang kurang baik kerana katanya “kerana Sayyidina Ali kenal siapa Mu`awiyah”. Prejudis ini juga dapat diselami apabila hampir setiap kali menyebut `Ali akan diiringi dengan gelaran Sayyidina berbeza apabila menyebut nama Mu`awiyah tanpa sebarang gelaran.

Barangkali beliau terlepas pandang perkara ini. Justeru, saya mencadangkan agar beliau membuang sangka buruk terhadap 2 sahabat Nabi sallallahu `alaihi wasallam ini dan segera bertaubat kepada Allah yang maha pengampun.

Bagaimana sikap para alim ulama dalam membicarakan kisah peperangan antara `Ali dan Mu`awiyah Radiyallahu `anhuma? Mereka menegaskan bahawa Ali Radiyallahu `anhu adalah sahabat Nabi sallallahu `alaihi wasallam. Mu`awiyah Radiyallahu `anhu juga adalah sahabat Nabi saw. Apa yang berlaku antara mereka merupakan ijtihad. Sekiranya betul diberikan dua pahala. Sekiranya salah diberikan satu pahala. Hakikat sebenar yang berlaku antara mereka kita serahkan kepada Allah. Yang pasti mereka berdua adalah sahabat Nabi yang pasti akan ke syurga.
posted by admin @ 9:55 PM   6 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri